Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?
Burung itu berkata : "Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini".
Nabi Musa a.s bertanya : "Dari siapa?
Jawab burung itu : "Dari burung helang yang mahu memakan aku."
Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa
lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan
berkata
Burung helang berkata : "Hai Nabi Musa, janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."
Nabi Musa berkata : "Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya."
Jawab burung helang : "Daging kambing tidak sesuai bagiku."
Selanjutnya burung helang itu berkata : "Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."
Jawab Nabi Musa a.s : "Baiklah kalau demikian."
Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang
itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan
paruhnya.
Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : "Wahai Nabi Allah,
apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau, hanya dalam urusan
burung ini sahaja?"
Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun
mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada
Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya : "Aku
sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat
Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah
engkau dari qadha' Tuhanmu atau tidak."
Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang, lebih-lebih
lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman
tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman
kepada Allah, melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.
Rasulullah s.a.w bersabda bahawa sabar itu ada tiga:
- Sabar terhadap bencana.
- Sabar berlaku taat.
- Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barangsiapa sabar terhadap bencana, maka dicatat baginya tiga ratus
darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya
antara langit dan bumi.
Barangsiapa sabar berlaku taat, maka dicatatkan baginya enam ratus
darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara
permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.
Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka, maka dicatatkan baginya
sembilan ratus darjat, yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat
seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi."
No comments:
Post a Comment