Sunday, July 24, 2011

Ranking 15-Juta Pengunjung dalam masa 3-Bulan

[KLIK GAMBAR UTK BESARKAN]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat DPP Parit Sulong saya selaku admin blog DPPPS ingin merakamkan setinggi-tinggi syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat-NYA telah menjadikan segelintir hati-hati ini yang suka dan berani untuk berjuang dengan ISLAM dan PAS

Dalam pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua kerana sudi membaca dan memberi beberapa komen terhadap post-post kami sebelum ini. Juga, sehingga telah melonjakkan rating blog DPP Parit Sulong ke tahap yang amat terbaik dalam trend politik di Parlimen Parit Sulong setakat ini. 

Walaupun, ada segelintir pemikiran yang tidak berpuas hati dengan kami dengan mengatakan bahawa media baru seperti facebook, blog, YouTube dan sebagainya adalah hanya untuk orang bandar sahaja. Tetapi sehingga hari ini, blog DPP Parit Sulong telah diketahui oleh seluruh pelusuk, ceruk-ceruk kampung, di sekitar Parlimen Parit Sulong dan sehingga ke Netherland, United States, Mesir dsb. Alhamdulillah, syukur.. dan sekali lagi tahniah buat sahabat-sahabat yang seringkali menjeguk ke blog DPP Parit Sulong ini.

Untuk melihat sendiri graf terkini Ranking 15Juta Pengunjung ke DPPPS sila ke ALEXA.com

No comments: