Thursday, August 14, 2014

Kenyataan Media Pemuda PAS Negeri Johor



Pergolakan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat pantas dan besar. Pergerakan yang pantas dan kritikal ini menuntut satu tindakbalas yang juga kritikal dari semua anggota Pakatan Rakyat.

Selepas pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR, kedudukan Kerajaan Negeri berada dalam keadaan yang tidak menentu memandangkan Menteri Besar bertindakbalas bagaikan harimau yang tercedera.

Hari ini Presiden PKR telah membuat perisytiharan mendapat sokongan majoriti anggota Dewan apabila 2 ADUN dari PAS mengumumkan untuk menyokong DSWA.

Pemuda PAS Negeri Johor melihat tindakan 2 ADUN dari PAS ini sangat tidak wajar dan membelakangi disiplin sebagai seorang ahli Parti yang sepatutnya menunggu sehingga keputusan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Negeri Johor mendesak Setiausaha Agung PAS untuk memanggil dan meminta penjelasan dari dua orang Wakil Rakyat PAS ini atas tindakan mereka.

Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Ketua
Pemuda PAS Negeri Johor

No comments: