Sunday, February 24, 2013
UMNOI Semakin Menggila
Hutang negara semakin menggunung ,
menggadai masa depan jenerasi yang akan datang.
Apa yang melekakan orang Melayu?
Yang meleka dan melalaikan mereka ialah keselesaan hidup dikampung2
dalam keadaan seadanya dan kejahilan akibat setiap hari ditanam
minda mereka dengan propaganda UMNO.
Tapi keadaan yang sebegini tidak ubah seperti zaman dulu kala semasa
tanah Melayu dibawah pemerintahan golongan feudal. Orang Melayu tetap
selesa secara keseluruhan dalam keadaan yang seadanya dan kejahilan.
Zaman dulu, propaganda dalam bentuk penceritaan yang bersifat dongeng dan tahyul mengenai kebesaran
dan kehebatan golongan feudal.
Hari ini keadaan orang Melayu masih tetap serupa.
Penceritaan mengenai kehebatan dan keagungan puak
UMNO dilakukan oleh media yang di miliki oleh UMNO.
Najib ada 2 jam di Gaza di sifatkan sebagai wira.
Mereka yang bermukim di Gaza berminggu minggu dan berbulan itu tidak se wira Najib yang
bergegas mahu keluar dari Gaza. Minda orang Melayu dihamba abdikan
mengesahkan apa yang Pendita Zaaba nyatakan- yakni golongan yang paling menindas
bangsa Melayu terdiri dari bangsa mereka sendiri. Penindasan yang paling dasyat ialah
mengekang pembangunan minda orang Melayu. UMNO telah menjadi
apa yang Zaaba ramalkan dalam tulisan nya. Tanpa disedari, UMNO khianat kepada
bangsa nya sendiri.
Jika kita ada tanah, ada rumah, anak2 berkerja dan berdikari- ini
bukan disebabkan oleh UMNO. Semua kerajaan yang memerintah mesti mengujudkan
persekitaran yang minima untuk rakyat mereka membangunkan diri. Kita sendirilah
yang membangunkan diri diatas tapak yang disediakan. Semua kerajaan yang
bertanggung jawab melakukan perkara yang asas.
Diambil dari blog AK47 http://sakmongkol.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment