Friday, December 21, 2012

AL-FATIHAH : Malam Jumaat


Assalamualaikum sahabat hari jumaat yang penuh barokah, pagi tadi ana telah dikejutkan dengan panggilan bahawa seorang sahabat sekolah lama telah kembali ke rahmatullah. 

Beliau adalah anak sulong dari 4 orang beradik (maaf jika tersilap). Beliau bekerja sebagai nurse di Hospital Putra, Peserai dan sedang berkursus di Kajang, selangor. Beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta pada malam tadi dan meninggal ditempat kejadian. 

Difahamkan, jenazah beliau akan disembahyangkan selepas solat jumaat. (hari ini, 21/12/12) di Surau Taman Industri Sri Sulong. Bagi kepada sesiapa yang ingin melawat beliau buat kali terakhir boleh datang melawat di rumahnya (sebelah tadika oren). 

Al-fatihah, semoga roh arwah bahagia di alam sana dan berjaya menjawab soalan kubur. Insyaallah.

No comments: