Sunday, May 22, 2011
Khairy : Dulu Lain, Sekarang Lain
Dulu Lain, Sekarang Lain.. Apa yang lainnya sdr. Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno). Cuba beritahu kami orang kampung ni..
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail (gambar) berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.
Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.
Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.
"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat.
"Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.
Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".
Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.
Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.
"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri," kata Saifudin.
"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun,
"Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?" tanya beliau lagi.
Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment