Wednesday, August 11, 2010

Rahsia Solat Tarawih


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam 1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Kami sering dilupakan


Kitab suci umat Islam, Al-Quran bukan sahaja mengandungi keindahan dan kesempurnaan dari sudut bahasanya, tetapi juga telah berjaya membuatkan para saintis dan pengkaji-pengkaji seluruh dunia terkejut dan terpegun dengan keajaibannya dari sudut ilmiah.
Seorang sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa telah menemukan satu kod Matematik yang mengandungi rahsia Al-Quran yang tidak terungkap berabad-abad lamanya. Setelah melakukan kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun dengan bantuan komputer, beliau membuktikan surah serta ayat-ayat di dalam Al-Quran mempunyai gandaan angka 19. Penemuannya itu adalah inspirasi setelah melakukan penafsiran dari surah Al-Muddatstir, ayat 30-31:

Firman Allah yang bermaksud: "Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): "Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?". Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia".

Profesor Dr. Hamka di dalam bukunya, Tafsir Al-Azhar menyatakan bahawa orang-orang kafir, terutamanya Abu Jahal mengejek Baginda apabila mendengar ayat tersebut. Orang-orang kafir menyangka penjaga neraka hanya ada sembilan belas. Ia sebenarnya adalah perumpamaan dari Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Berikut adalah beberapa penemuan Rashad Khalifa pada 1976 dan didedahkan pada umum di Pameran Islam Sedunia di London:

1) Apa yang diketahui bahawa setiap surah di dalam Al-Quran sentiasa dimulai dengan bacaan "Bismillahirrahmanirrahim". Bacaan tersebut terdiri daripada 19 huruf atau 19 X 1 (di dalam bahasa Arab).

2) Bacaan "Bismilah" terdiri daripada beberapa kelompok kata: Ismi, Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahiim. Hasil kajian menunjukkan jumlah masing-masing setiap kata-kata tersebut di dalam Al-Quran sentiasa merupakan gandaan 19.

(i) Jumlah kata 'Ismi' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 19 kali (atau 19 X 1).

(ii) Jumlah kata 'Allah' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 2, 698 kali (atau 19 X 142).

(iii) Jumlah kata 'Ar-Rahman' di dalam Al-Quran telah dijumpai sebanyak 57 kali (atau 19 X 3).

(iv) Jumlah kata 'Ar-Rahiim' di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 kali (atau 19 X 6).

Mengikut beliau, apabila faktor pendarabannya dijumlahkan maka terhasil jawapan yang merupakan gandaan 19 juga: 1 142 3 6 = 152 (atau boleh disebut di dalam 19 X 8).

3) Jumlah keseluruhan surah-surah di dalam Al-Quran berjumlah 114 surah iaitu bersamaan dengan 19 X 6.

4) Bacaan "Basmallah" di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 (19 X 6), iaitu sebanyak 113 kali ditemukan sebagai pembuka surah kecuali surah yang ke-9 (At-Taubah), manakala sebuah lagi ditemui pada surah yang ke 27 (An-Naml), ayat yang ke-30.

Surah yang ke-9 tidak dimulai dengan bacaan "Basmallah" kerana isinya merupakan ayat-ayat perang. Dalam surah ke-9 ini kebanyakan isi bicaranya adalah tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin kerana pengkhianatan mereka. Bagi surah yang ke-27 terdapat kisah mengenai penyerahan diri Ratu Balqis oleh Nabi Sulaiman a.s.

Selamat Berpuasa dari kami


{SILA KLIK GAMBAR UTK BESARKAN}

Selamat Berpuasa dari kami, ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Parit Sulong buat kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Semoga bulan ramadhan yang tiba ini, dapat kita tingkatkan keimanan, ketaqwaan serta memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Semoga amal yang kita lakukan ini akan diterima oleh-NYA.

Terima sebuah pantun dari kami;

"Air nyok air kelapa, 
jatuh tumpah kat wayar letrik,
Esok Ramadhan jangan la lupa, 
 Jangan plak buat-buat gastrik"

Wassalam..

Tuesday, August 10, 2010

Gambar Sultan Johor Dipermainkan Oleh Manusia Tidak Berakhlak



Assalamu’alaikum dan salam pejuangan,

1. Saya cukup kesal dengan perbuatan pihak-pihak tertentu yang telah menaikkan kain rentang di seluruh negeri Johor yang kononnya dinaikkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor yang memberikan ucapan tahniah di atas perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor.

2. Dengan tanpa rasa bersalah mereka telah meletakkan gambar Tuanku Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di dalam kain rentang tersebut sehingga saya difahamkan bahawa Astro Awani telah menyiarkan Sultan Johor telah murka dengan perkara ini .

3. Saya telah mendapat maklumat bahawa PKR Negeri Johor telah membuat laporan polis terhadap perkara ini dan mahukan polis membuat siasatan segera.

4. Tindakan biadap seperti ini perlu dihentikan segera kerana ia akan merosakkan imej Sultan Johor yang dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata dan tidak mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak.

5. Saya bimbang tindakan jahat ini dilakukan untuk merosakkan hubungan istana Johor dengan PR yang semakin diterima oleh rakyat Johor khususnya dengan perlantikan Dr Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR yang baru.

6. Tindakan awal PKR Johor membuat laporan polis adalah tindakan yang tepat untuk membersihkan pandangan masyarakat kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)  menyokong tindakan tersebut.

7. Kita akan menanti hasil siasatan yang bakal diumumkan nanti.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Monday, August 9, 2010

Pertandingan Autoshow, Bola Sepak, Live Band di Kembara Anak Muda



[SILA KLIK GAMBAR UTK BESARKAN] 

  •  Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah




[Juara Pertandingan Bola Sepak 7-Sebelah]

[Pengadil Bola Sepak]

  • Pertandingan Autoshow





[Pemenang Pertama Pertandingan Autoshow]






  • Pertandingan Basikal Lambat

  • Pertandingan Mewarna



  • Gerai Jualan OKU



  • Pengunjung



  • Pertandingan





Saturday, August 7, 2010

Karnival Kembara Anak Muda di akhbar Sinar


SINAR HARIAN KELUARAN HARI INI, 8 OGOS 2010 | SABTU
BERSAMA KETUA PEMUDA PAS PARIT SULONG, SDR. ISMAIL AMAR.

Karnival Kembara Anak Muda 2010



 

Karnival Kembara Anak Muda 2010
Tempat : Taman Industri Sri Sulong, Parit Sulong
Jam : 8.30pagi | 8 Ogos 2010

Aturcara Program

8.00pagi           Pendaftaran pertandingan bola sepak dan para peniaga
9.00pagi           Pertandingan Bola Sepak
10.00pagi         Pendaftaran Mewarna Terbuka
                           Pertandingan Timbang Bola
11.00pagi         Pertandingan  Mewarna Terbuka
                           Pertandingan Autoshow
                           Pertandinagn Motorshow
12.tghari           Pertandingan pidato, sajak dan nasyid dari PASTI
1.00ptg             Waktu rehat bagi semua pertandingan
                          Bersiap sedia bagi solat berjamaah
                          
2.00ptg           Persembahan Live band 
3.00ptg           Kedatangan EXCO Negeri
                        Pertandingan Basikal Lambat
4.00ptg           Penyampaian Hadiah
6.00ptg           Penutup


Lagu Baru UMNO

Monday, August 2, 2010

Gari Polis Putus dua




Antara mangsa yang menarik perhatian kami, sewaktu di lokasi tempat kejadian seorang lelaki, saudara Yunus. Beliau telah ditahan dan digari oleh pihak polis. Walaubagaimanapun, beliau dengan sekali lafaz kalimah 'Lailahaillallah..' gari tersebut telah putus direntapnya. Ini adalah salah satu keajaiban dan kekuasaan yang Allah nak tunjukkan kepada kita. Dalam al-Quran telah disebut ; "Kun fa ya qun" yang maksudnya 'jika Allah mengkehendaki sesuatu maka ia akan terjadi'. Oleh yang demikian, saya mengingatkan kepada teman - teman seperjuangan supaya membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya bukan sekadar untuk perlindungan dari makhluk Allah sahaja juga perlindungan diri dari terjebak ke api neraka. Nauzubillah..

Laporan POLIS mengenai BLACK EAGLE 31-7-10



[Dihadapan balai polis Batu Pahat]

[Bersebelahan Petronas Batu Pahat]


Mengikut saksi tangkapan yang telah dibuat oleh pihak polis adalah seramai 9 orang turut terdiri yang bukan beragama Islam. Walaupun setelah 3 orang berjaya dilepaskan tanpa sebarang jaminan, pihak polis telah menangkap lagi orang awam sekurang-kurangnya 4 orang sebagai tahanan sementara. Juga begitu, pihak polis akan membuat penahanan dalam masa 2-3jam jika tiada bukti yang dapat dibuktikan.

Sunday, August 1, 2010

IPTA UMNO

 

Hari ini ,‎1 Ogos 2010 di UiTM Shah Alam, akan diadakan Majlis Pelancaran VOGUE (Tgok gmbr nk tau makna dia) oleh Puteri UMNO Malaysia!

PERHATIAN BUAT YG BERKENAAN::> 

Nisa' Pas, jangan lupa buat pelancaran dan cari ahli untuk Join Nisa' di Uitm Shah Alam.. Muslimat Pas!! Jangan lupa buat pelancaran sukarelawan Kelab Peminat Muslimat Pas..

Sri Kandi PKR!! Jangan lupa tambahkan ahli dengan buat program di Uitm..

Semua2 sekali parti yang ada di Malaysia, jom masuk IPTA..

biar semua budak2 ipta berpolitik..baru bisa gegarkan pentadbiran negara..kah kah kah
Nota : Inilah double standard yang seringkali berlaku di Malaysia. Untuk UMNO dan komponennya menggunakan IPTA, Sekolah dan bangunan agensi kerajaan yang lain itu boleh. Pabila Parti bukan pemerintah mahu menggunakannya, oh ia tidak boleh dengan memberi alasan sampah dan memualkan. Inilah harga sebuah demokrasi di Malaysia. Profesor Kangkung bermisai lebat di Uitm Shah Alam pasti suka melihat kehadiran gadis-gadis gedik dari Puteri UMNO di sini sambil menggentil misainya yang lebat..kah kah kah

BLACK 31-7-10



BATU PAHAT, 1 Ogos: Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di sini.
Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi. Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita. Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit. 

FRU yang berkawal rapi diluar perkarangan Markaz PAS, Rengit, Batu Pahat.


 
Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara
 dan menghalau penyokong dari tapak ceramah