Thursday, June 26, 2014

Tanah Johor tergadai kerana UMNO

🏮🏮🏮🏮

By Prof. Salleh Buang in Alor Setar 23 Jun 2014 (a day ago)
Prof Salleh Buang


Prof Salleh Buang
Media tempatan baru-baru ini menyiarkan iklan besar-besaran tentang sebuah syarikat gergasi dari tanah besar Cina yang telah membeli hartanah di lokasi berprestij di negeri kelahiran saya, Johor.

Pada Khamis 19 Jun lalu, akhbar Berita Harian dan New Straits Times menyiarkan hasrat dan perancangan  syarikat hartanah berkenaan, R&F Properties (yang telah membina beberapa bangunan ikonik pencakar langit bernilai billion ringgit di beberapa bandar besar di negara itu) membina struktur yang serupa (mungkin lebih tinggi lagi) di  negara kita.

Tidak ada siapa pun yang menafikan kehebatan dan prestasi cemerlang syarikat gergasi Cina itu, yang dilaporkan telah memecah rekod jualan hartanah dengan pungutan sebanyak RM21.1 bilion sewaktu upacara perasmian Hotel R&F Ritz-Carlton, Chengou pada tahun 2013.

Sejak syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1994, ia telah diiktiraf sebagai pemaju tersohor nombor 1 di Cina, dengan track recordnya menyiapkan 6 siri projek ikonik, lebih 14 hotel 5 bintang bertaraf antarabangsa, termasuk Ritz-Carlton, Grand Hyatt dan Marriott, dan 26 menara pejabat ikonik di Tianjin dan Guangdong – yang merupakan salah satu bangunan tertinggi di Cina.

Secara kebetulan, pada hari Selasa 17 Jun 2014 yang lalu, saya selesai mengendalikan sebuah bengkel undang-undang tanah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, di hadiri oleh 35 perserta terdiri dari kalangan peguam, warga korport dan wakil pelbagai agensi awam.

Dalam sesi perbincangan mengenai prospek pembangunan hartanah, antara isu yang dibangkitkan adalah pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, khususnya di Danga Bay, Johor Bahru. Pada masa itulah perbincangan peserta tertumpu kepada aktiviti penjualan hartanah yang tidak ada henti-hentinya oleh pelbagai pihak (pemilik hartanah tempatan) kepada pelabur asing.

Antara hartanah yang telah dijual itu adalah 116 ekar tanah di Danga Bay yang telah dijual kepada syarikat R&F Properties ini dengan harga RM4.5 billion. Penjualnya adalah Sultan Johor sendiri.

Dalam iklan besar-besarn pada 19 Jun lalu itu, ada dinyatakan bahawa di atas tanah seluas 116 ekar yang telah dibeli oleh R&F Properties inilah nanti satu “mercu tanda global” akan dibangunkan, dan bakal dinamakan “R&F Tanjung Puteri”.  

Akibatnya, dalam bahasa mudah, Tanjung Puteri yang saya tahu sejak saya kecil (dan jadi sebutan dalam lirik lagu Melayu yang sering didendangkan oleh anak Johor sejak dahulu kala) akan luput dari pandangan dan kenangan  anak Johor, kerana ia “ditransformasi” menjadi  Tanjung Puteri mengikut selera syarikat gergasi dari Cina ini.    

Walaupun ada syarikat pelabur dari Cina yang lain yang datang ke sini dan membeli hartanah di Johor sebelum ini, misalnya sharikat Country Garden Holdings Co (dari Foshan, selatan Cina),  Agile Property Holdings Ltd, dan Greenland Group, syarikat R&F Properties merupakan pembeli hartanah yang paling bernilai sekali, dan lokasi yang paling prestij sekali.

Mengikut pakar hartanah tempatan, ada tiga lokasi di Iskandar Malaysia yang menjadi tumpuan pelabur asing, iaitu  Vantage Bay, Danga Bay and Medini. Lokasi pertama (Vantage Bay) sedang dibangunkan oleh pelabur dari Singapura, manakala lokasi kedua (Danga Bay) menjadi tumpuan utama pelabur dari negara Cina, seperti yang disebutkan di atas tadi. Lokasi ketiga (Medini) menjadi tumpuan pelabur Qingdao Zhouyuan Investment Holdings, juga dari negara Cina.

Mengikut Datuk Syed Mohamed Ibrahim, CEO Iskandar Investment Bhd, penglibatan Qingdao merupakan pelaburan hartanah besar-besaran pertama di Medini oleh sebuah syarikat asing, bernilai RM2.5 bilion.

Country Garden, yang merupakan syarikat hartanah ke-7 terbesar di Cina, memuktamadkan pelaburannya di Danga Bay pada tahun lalu bila syarikat itu membelanjakan lebih RM800 juta membeli 28 hektar tanah di lokasi itu dari Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH). Pelaburan ini dianggar akan membuahkan hasil bernilai RM18 bilion.

Sebuah syarikat pemaju dari Shanghai, Cina yang lain, bernama Greenland Group, juga menumpukan perhatiannya ke Danga Bay, setelah berjaya membeli 13.96 ekar tanah dari IWH dengan harta RM600 juta. Pelaburan ini dianggar akan membuahkan pulangan bernilai RM2.2 bilion. Ini merupakan pelabuaran pertama bagi syarikat hartanah Cina itu di negara ini.

IWH merupakan pemaju utama (master developer) kawasan tepian seluas 1,620 hektar di sebelah timur dan barat Tambak Johor, dengan Danga Bay terletak   Flagship Zone A Iskandar Malaysia. Flagship Zone A terdiri satu kawasan kewangan yang baru, satu kawasan perniagaan, bandaraya tepian pantai Danga Bay, pembangunan bercampur di Tebrau Plentong and Tambak Johor.

Mengikut sebuah portal, www.forbes.com, IWH dimiliki bersama oleh seorang jutawan tempatan Lim Kang Hoo (60% ekuiti), selebihnya (40%) oleh Kumpulan Praserana Rakyat Johor (KPRJ). Mengikut portal yang sama Lim miliki 4,000 ekar dalam wilayah Iskandar. (lihat http://www.forbes.com/sites/neerjajetley/2014/05/28/malaysias-newest-billionaires-mints-money-from-reclaiming-land-and-selling-dreams/)  

Andainya hartanah di Johor Baru terus menerus dijual dengan begitu mudah sekali kepada pelabur asing, akhirnya nanti bila anak cucu kita tanya “Tok, Johor Baru ni siapa punya?” barangkali ada antara kita yang akan menjawab “Zaman Tok dulu, bandar ini kita punya. Tapi sekarang, entahlah”



Read more: http://malaysiagazette.com/juris/gergasi-cina-telan-bumi-malaysia#ixzz35Xc7DgJY
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

Hidup Umno!!! Kerana Umno, tanah Melayu terbela!!!

Monday, June 23, 2014

Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia

KHAIRUL AZLAM MOHMAD | .





KUALA TERENGGANU: AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Jenazah akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring untuk disolat dan dikebumikan.-harakahdaily

AL-FATIHAH

Thursday, June 19, 2014

Presiden PAS telah selamat tiba di tanahair




http://pas.org.my 19 Jun 2014


KENYATAAN MEDIA RINGKAS
Kenyataan media ringkas ini adalah untuk memaklumkan bahawa Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanahair pada petang ini setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu. Sehubungan dengan itu juga, adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada beliau untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.
Sekian. Harap maklum.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Jun 2014

http://pas.org.my

Monday, June 9, 2014

Mesyuarat Agung Kali ke 26 Pemuda PAS Pt. Sulong


07 Jun 2014 bersamaan dengan 10 Sya'aban 1435 merupakan tarikh yang dipilih oleh Pimpinan Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Pt. Sulong untuk mengadakan Mesyuarat Agung bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kaw. Pt. Sulong bermula pada jam 9.00 malam

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Bustanul Ariffin, Pt. Bisu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Sdr. Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda PAS Negeri Johor.

Seawal jam 8 malam para perwakilan setiap cawangan mula mendaftar dan seterusnya solat secara berjemaah.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibaca oleh sdr. Sukri Basir.

YDP PAS Kawasan Pt. Sulong sedang memberikan ucapan yang penuh bersemangat kepada  hadirin. 

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Pt. Sulong.

Sdr. Mahadzir selaku perasmi sedang memberikan ucapan perasmiannya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam dan diakhiri dengan laungan Takbir sebanyak 3 kali.










Tuesday, June 3, 2014

Banduan seronok masuk penjara Malaysia?

http://www.tranungkite.net | .

Banduan seronok masuk penjara Malaysia, sampai 20 kali masuk


Artikel "Semalam saya berborak dengan seorang pegawai penjara. Dia menceritakan sekarang ini ramai banduan yang keluar masuk penjara paling kurang 5 ke 6 kali, ada yang sampai keluar masuk penjara sampai 20 kali. Apa ke tidaknya, sekarang ini banduan yang masuk penjara mewah makan tak masa zaman di mula-mula kerja penjara dulu.

Dulu banduan diberi makan ikan masin, ayam cuma seminggu sekali. Sekarang katanya banduan mewah makan, sarapan pagi ada, makan pagi ada, makan tengahari ada dan seterusnya. Lepas tu katanya banduan sekarang manja, jentik pun tak boleh.

Dulu katanya kalau pegawai penjara datang semua banduan akan senyap.

Maka tidak hairanlah para penjenayah di Malaysia ini tidak takut langsung hukuman penjara di Malaysia ini, malahan mereka ternanti-nanti bila pula boleh masuk penjara semula, dapat makan mewah, dapat kursus kemahiran percuma dan macam-macam lagi.

Yang memeningkan kepala pegawai penjara tadi ialah dengan Motto Penjara sekarang ini iaitu “PENJARA SEJAHTERA”.

Ayah saudara saya dulu kerja di Penjara Pudu. Dia selalu ceritakan ketegasannya terhadap banduan. Dulu kalau banduan masuk penjara, sekali tu sajalah, tak ada macam sekarang paling kurang 5-6 kali keluar masuk penjara dan ada yang sampai 20 kali. Ayah saudara ini amat ditakuti oleh semua banduan termasuk ketua-ketua samseng.

Apakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri tak pernah tahu perkara ini? Apa nak jadi dengan Malaysia, Yang Dikendong Tak Dapat, Yang Dikejar Berciciran."

Monday, June 2, 2014

Yang Mengaku Memperjuangkan Islam Mesti Baca!!

Kenyataan Media
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Sabtu 31 hb Mei 2014

Rogol Boleh Ditangani Dengan Hudud dan Takzir

1. Kes melibatkan rogol 2 pelajar wanita berusia 15 dan 17 tahun oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan 20 Mei 2014 lalu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

2. Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

3. Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima 5 tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

4. Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh. Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan :
i- rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
ii-sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

5. Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes.

Hukuman yang akan dikenakan ialah Takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.

6. Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002. Enakmen Terengganu menyebut;
Seksyen 9. (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu  tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki Syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.

7. Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya Mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental.

8. Lebih menarik, berasaskan Takzir dalam Islam, pesalah rogol boleh dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa. Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu.

9. Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. Setidak-tidaknya kerajaan persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.

YB Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus