Friday, January 20, 2012

Gong Xi Fa Chai Parit Sulong



Dengan ini kami, DPP Parit Sulong mengucapkan GONG XI FA CHAI kepada seluruh warga bukan islam, Cina yang akan menyambut
pada 22 dan 23 Januari 2012 ini.
 

Thursday, January 19, 2012

Kad Kredit Percuma Utk Dimiliki (TERHAD)


Sesi Soal Jawab Diskusi Ahli Sunnah Wal Jamaah & Wahhabiy - Bahagian 1/11



Sesi soal jawab di antara tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah Ustaz Abu Syafiq dengan tokoh Wahabi Dr Fadlan dan Hafiz Firdaus.Diskusi ilmiah ini diadakan di Islamic Information Services Foundation, Setiawangsa.
http://www.hanifsalleh.blogspot.com

Ilmu Dunia Rugi




sila like Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Facebook:
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Ombak Rindu w/Lirik (BARU)




Lirik Lagu Ombak Rindu KEINSAFAN


Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintaiMu seadanya
Kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
Menghadapi siksa nerakaMU
Tuhan aku tahu byk dosaku
Hanya ingatkanMu kala dukaku
Namun hanya Kamu yg mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintaMu


Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)
Yang slalu dustakan janjiku
Agar kelak ku xkan disiksa
Kerna dosa-dosa masa lalu


Allah..jatuh air mataku
Dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa2 hamba yang meminta..


Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..




Lirik: Hasbi Haji Muh Ali ( Feelhoney Ent ) @ Mr Bie
Lagu Asal: Ombak Rindu -- Adira dan Hafiz
Gambar: UAI (original)
Sumbangan video: TH Filem
Suntingan: ramadhan84

Nak 27ribu atau 1ribu

Tinggal Yang Wajib Dapat Duit



sila like Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Facebook:
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Adakah Kamu Seperti anjing yang Allah Maksudkan





Adakah Kamu Seperti anjing yang Allah Maksudkan???



Mufti, Mufti apa dah jadi?


Kata-katamu mengguris kalbu


Kata orang Melayu sudah “celaru”


Nak salahkan siapa jika bukan dirimu?


Bukan salahku jadi tak usah nak tunding jari,


kau dipetik, dilapor jadilah begini


Usaha kau sia-sia, memang dah pasti


Satu penghinaan buat mereka sakit hati


Dengan terburu-buru


kau sokong kerja PPZ yang memang tak patut


Sebelum ini berdiam diri dan saiz pun kecut


Namun kau bisa berfikir, tenang dan bijak.


Seperti mana seorang imam sepatutnya bertindak


Kepada hukuman, kerakusan orang berkuasa


kau nak kena jawab dengan Yang Maha Esa


Berbuat baiklah pada orang Malaysia, tak kira Kristian, Islam dan Yahudi


Kepada semua kau mesti hormati


Sama ada orang berada, datuk atau datin


Untuk orang biasa kau pun mesti prihatin.


Mungkin kepalamu didalam UMNO atau berada di alam nyata?


Menghirup teh sambil berkata ‘ya’?


Atau sedang berbincang nasib masyarakat yang merintih?


Walau apa pun, daku harap kau tak pilih bulu


Kerna bukankah itu ynag sepatutnya buatmu?


Ku tahu berat tugasmu, banyak perjuangan kecil yang tak bisa ku nampak


Dan kau sentiasa ada dihati umat, walau di mata engkau memang tak nampak


Harapan kami, teman kami, dan paling utama sahabat kami.


Bisakah kau beri keputusan bijak dan adil nanti.


Jika keadilan ditegakkan, jadi semuanya bisa beres kan?


Dan bicaramu, integritimu tidak bahan jolokan.


Mufti, Mufti di manakah dirimu sebenarnya?


Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Manusia Umpama Lembu Bodo



Manusia Memang Cepat Lupa. Jangan jadi macam Lembu Bodoh.

Wednesday, January 18, 2012

Pecat Jamil Khir


Jingga 13 hari ini akan meminta Yang di-Pertuan Agong memecat Datuk Seri Jamil Khir Baharom dari pentadbiran negara sekiranya menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak meminta maaf berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat.

Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad memberitahu wartawan bahawa selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

“Jika beliau (Jamil Khir, gambar) tidak meminta maaf dalam 48 jam, kami akan menghantar memo kepada Agong selaku ketua agama untuk mempertahankan Islam,” katanya sebelum memfailkan satu laporan terhadap Jamil Khir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di sini.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumour mendakwa Jamil Khir dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Setiausaha MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin Hussain telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

PKR memberikan tekanan ke atas Jamil Khir, berulang kali meminta perkara itu diperjelaskan.

Semalam MAIWP berkata peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai kos guaman.

Gempar! Pendedahan berani mati bekas menteri

BEKAS Menteri Persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir membuat kenyataan berani mati dalam sebuah forum semalam apabila mengakui Umno menggunakan rasuah untuk mendapatkan undi pilihanraya lalu.

Beliau mengakui bahawa beliau sendiri menerima sejumlah wang untuk diedarkan kepada para pengundi bagi merasuah para pengundi agar mengundi Barisan Nasional melalui taktik yang digelar "Bomb".



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, bekas menteri Umno ini sendiri mengakui bahawa berlaku amalan rasuah di dalam Barisan Nasional untuk memperolehi undi. Akhirnya tuan punya badan mengakuinya sendiri.

Sudah diketahui umum bahawa Umno sudah lama melakukan pembelian undi untuk terus mengekalkan kuasa. Taktik rasuah seperti ini merupakan amalan biasa di dalam Umno.

Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. Tidak hairanlah perasuah dilantik menjadi pengerusi Felda, tak hairan juga ada perasuah yang dilantik menjadi Ketua Menteri.

Beliau masih ahli Umno dan juga merupakan bekas menteri. Malah beliau sendiri menerima duit untuk diedarkan sebagai rasuah bagi meraih undi kepada Barisan Nasional.

ReJaM© "Nak kata apa lagi? Masih nak sokong parti perasuah seperti?"

source: milosuam

Tuesday, January 17, 2012

Siapa Radzhi Mellisa?

Dulu-dulu 

 
Sekarang



MENYUSURI perjalanan seni penyanyi utama kumpulan rock Melissa, Radzi, tentu ramai yang tertanya-tanya, bagaimana seorang yang berlatar belakangkan pendidikan sekolah pondok akhirnya menjadi penyanyi rock?


Tetapi itulah kehidupan di mana sebagai manusia biasa kita hanya bisa merancang tetapi Allah jua yang menentukan.


Begitu jugalah dengan Radzi atau Mohd. Radzi Abdul Hamid, 45, yang pernah mencipta nama menerusi lagu Cinta Untuk Nabila bersama Melissa pada tahun 1990 hingga 1992.


Bagi Radzi, memang tidak pernah terlintas di kotak mindanya untuk menjadi penyanyi rock ketika merantau ke Kuala Lumpur (KL) dari Kedah pada tahun 1982.


"Selepas tamat mengaji di sekolah pondok, saya datang ke KL dan duduk di Kampung Pandan dengan tujuan mencari duit untuk mendapatkan modal perniagaan.


"Masa itu cita-cita saya hanya satu, nak jadi tauke ayam. Mulanya saya kerja kilang, kemudian saya bekerja sebagai konduktor bas mini.


"Semasa tinggal di Kampung Pandan, saya bercampur gaul dengan pendatang asing. Semangat kejiranan kami memang bagus kerana ketika itu kami sering menghadiri majlis berzanji dan marhaban.


"Pada waktu malam, saya dan penduduk Kampung Pandan bergilir-gilir bertugas di Rukun Tetangga demi keamanan penduduk setempat.


"Sementara menanti giliran, selalunya dengan menggunakan gitar tong saya akan menyanyi menghiburkan kawan-kawan yang sama bertugas dengan lagu Andainya Aku Pergi Dulu nyanyian Alleycats.


"Bermula dari situlah, apabila kawan-kawan Rukun Tetangga tahu saya boleh menyanyi, saya sering diundang menyanyi untuk majlis-majlis orang kahwin," cerita Radzi mengenai penglibatannya dalam bidang seni.
Sejak itu, Radzi meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi kelab malam di mana Wetspeed merupakan kumpulan pertama yang disertainya.


Setahun bersama Wetspeed, pada tahun 1988 Radzi menganggotai Steeler dan mencuba nasib menyertai pertandingan kumpulan rock yang dianjurkan oleh Box-Office kepunyaan Ali Bakar pada tahun berkenaan.
"Nasib menyebelahi saya. Percubaan saya bersama Steeler dalam pertandingan itu membuka lembaran baru dalam hidup saya.


"Dalam pertandingan itu, saya menyanyikan lagu Senja Merah yang merupakan lagu Steeler. Akhirnya lagu itu membawa tuah kepada kumpulan kami apabila kami memenangi tempat ketiga," kata Radzi menyingkap sejarahnya bersama kumpulan rock.


Melakar kejayaan pertama kali dalam satu pertandingan yang dianggap hebat oleh kumpulan-kumpulan rock yang baru mencuba nasib dalam bidang seni, telah membawa Radzi ke dunia rakaman album sebagai artis.
Razak, pemain gitar bass yang juga merupakan ketua Steeler, akhirnya menukar nama kumpulan itu kepada Melissa dan mengajak Radzi menjadi penyanyi mereka, setelah penyanyi asalnya, Hairi meninggalkan kumpulan itu.


Selain Razak, Melissa turut dianggotai oleh Kefli (gitar utama), Ozei (drum) dan Radzi pula sebagai penyanyi baru mereka.


"Sejak itulah bermulanya diari hidup saya sebagai penyanyi rock. Saya tidak pernah menduga album pertama kumpulan Melissa telah meletakkan nama kami di bibir para peminat rock tanah air.


"Malah yang lebih membanggakan, dengan lagu Cinta Untuk Nabila ia telah mempopularkan nama saya dan kumpulan Melissa," kata Radzi.


Menurut Radzi, daripada kejayaan album pertama itu telah membuatkan dia lupa seketika tujuan asalnya datang ke KL untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan menjual ayam.


"Bayangkan ketika itu, tahun 1990, kejayaan album pertama itu telah memberikan saya pendapatan yang lumayan.


"Syarikat rakaman Varia Music Production memberi saya royalti secara pukal sebanyak RM16,000 untuk album pertama. Itulah royalti yang pertama dan terakhir yang saya dapat," cerita Radzi dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Selepas kejayaan album pertama, Melissa muncul sekali lagi dengan album kedua mereka berjudul Kami Mat Rock dengan lagu hitsnya, Memikat Cahaya pada tahun 1991.


"Walaupun lagu ini sekali lagi melonjakkan nama kumpulan kami, tetapi saya tidak pernah mendapat royalti lagi.


"Saya tidak tahu di mana silapnya, tetapi mungkin kerana album ketiga Melissa berjudul Mistik (1993) saya tidak muncul selepas beberapa kali rakaman album itu dibatalkan.


"Pembatalan rakaman itu membuatkan saya balik kampung dan terus berkahwin. Sejak itulah, tamatnya perjuangan saya dalam bidang seni sebagai penyanyi rock," kata Radzi.


Radzi yang melangsungkan perkahwinan dengan Zaimah Mokhtar, 36, pada tahun 1992 terus pulang ke Alor Setar, Kedah.


Hasil perkahwinan itu, Radzi dikurniakan enam orang anak - Mohamad Firdaus,16, Mohamad Naim,14, Mohamad Addin,12, Siti Nur Soleha,11, Mohamad Maqamin,9, dan Nur Nabila Saqinah, dua tahun lebih.
Sekembalinya Radzi ke Kedah, dia kemudiannya meneruskan pengajiannya di Maahad Tarbiah Islamiah, Behrang, Pokok Sena, Kedah.


Pada tahun 1994, Radzi bekerja pula sebagai Pembantu Hal Ehwal di bahagian perpustakaan dan pembantu imam di Jabatan Agama Islam, Kedah.


"Syukur alhamdulillah, walaupun cita-cita saya mahu menjadi tauke ayam tidak berjaya tetapi... saya dilantik sebagai pembantu imam.


"Sementara di kawasan perumahan tempat saya tinggal, saya dilantik sebagai imam," kata Radzi yang kini menetap di Taman Perumahan Alor Senjaya, Kedah.


Menurut Radzi, walaupun pada awalnya ada yang tidak senang dengan jawatannya kerana sebelum ini beliau pernah menjadi penyanyi rock, namun kini semuanya berjalan dengan baik.


"Minyak dan air tidak boleh bercampur. Walaupun saya menjadi penyanyi rock tetapi tugas dan tanggungjawab saya kepada Allah tidak pernah dilupakan," ujarnya.


Berpegang pada itu, Radzi kini muncul semula dalam bidang rakaman dengan sebuah album baru bertajuk Penyesalan yang diterbitkan oleh Aztecs Production Sdn. Bhd.


Album itu mengandungi 5 buah lagu berunsur dakwah berjudul Penyesalan, Solat, Lailatulqadar, Kalimah Mulia dan Pujian Illahi.

Credit to 
http://kedairuncitonline-24hrs.blogspot.com

Konsert Suara Anak Muda

KONSERT SUARA ANAK MUDA BERSAMA MEL WINGS, RADHI MELLISA DAN UST NAZMI SMACKDOWN. 
JAM 9.00MALAM.
Program ini adalah selingan program yang dijalankan iaitu Karnival 60Tahun PAS Peringkat Parlimen Pt Sulong. 
Karnival ini jalankan selama 2hari dari 22/1 - 23/1/2012. 
SEMUA DIJEMPUT HADIR  . 


Monday, January 16, 2012

Guru PASTI Meninggal Dunia

Gelang Patah - Enam orang guru PASTI Gelang Patah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar petang semalam dalam perjalanan balik daripada program di Parit Raja.


Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as, 44, guru PASTI Siswa 2, meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang guru PASTI Siswa 3, Cikgu Siti Rauddah binti Ab. Rahman, 26, sedang dalam keadaan kritikal di Hospital Daerah Kluang, manakala Cikgu Besek Dillong binti Abd. Samad, 49, guru PASTI Siswa 2, patah tangan.


Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Cikgu Norhana binti Hassan, 39, Cikgu Siti Rafeah binti Haroon, 41, dan Cikgu Azrita binti Bakri, 42. Semua mangsa kemalangan, kecuali Cikgu Siti Rauddah binti Ab. Rahman, kini berada di Hospital Kulai. Jenazah Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as akan disolatkan dan dikebumikan di 123-B Felda Pasir Raja, Kulai, Johor pada jam 10.15 malam ini.


Sumber: Nusajayakini

Cerita yang sebenar:
Selepas pulang dari solat asar di surau berdekatan, van yang mereka naiki telah dilanggar oleh sebuah kenderaan dari arah belakang. Ini telah menyebabkan pintu belakang van telah terbuka dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dari van tersebut. Allahyarhamah juga telah dilanggar oleh kenderaan lain. Beliau meninggal ditempat kejadian.

Bersama-sama kita menyedekahkan al-fatihah buat 
Allahyarhamah Cikgu Zainon binti Ma'as semoga Allah mengganjarimu dengan syurga. Amiin.

Tuesday, January 10, 2012

Tekanan Jadi Mahasiswa




The 22-year-old Adam Adli, who was hauled up before the disciplinary committee yesterday and eventually suspended for 3 semester gave a fiery speech to 500 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) students outside the campus gate.

Perjuangan PAS Melencong



Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu


PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

TG Dato' Haron Din

Iklan Terbaik Pt Sulong





Kredit to SpywareHack

Kisah Pelajar dan Politik





Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelajar sarjana muda pendidikan yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Video Himpunan 901 (Latest)






Gambar Himpunan 901




p/s: Masih mencari gambar PERKASA n the geng di lokasi ini..
Tidak terjumpa..

Credit to http://greenboc.blogspot.com/2012/01/901-koleksi-gambar-dan-video-yang-tak.html

Bebas Anwar 901, Mahkamah


Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan berhasrat untuk menyertai perhimpunan aman 901 namun menegaskan ia bukan semata-mata kerana mahu membela Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sebagai “mesej penting” kepada Putrajaya.

B
eliau mahu membawa mesej kepada Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat menolak pemerintahan yang merosakkan maruah seseorang sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah.
Saya akan turun perhimpunan 901 dan saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,”
Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya adalah satu kezaliman dan penganiayaan.”


Penyokong yang hadir



Mangsa 'heart attack' diberi bantuan
sumber

Monday, January 9, 2012

Anwar Bebas Bukti PR Menang PRU13

Apabila mendengar penghujahan dari para juri dan peguam pembela DSAI, dengan bukti yang tidak sah maka dengan ini mahkamah telah memutuskan pembebasan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012. Berita ini telah disiarkan oleh media asing, CNN dan telah menemubual beliau secara live di studio. Tetapi media Malaysia tidak langsung mengambil endah perkara ini. Itulah hakikat pemerintahan di Malaysia.




Dari DPPM;Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat. Terbukti dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakyat pula yang berhimpun dari seluruh negara memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau. Politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini.
Keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada diambang pilihanraya umum ke 13. Sudah tentu mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut. Dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendokong Pakatan Rakyat.
DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi UMNO-BN menyekat arus ini.  Malah rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.
Justeru, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi  hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13. Sudah menjadi tanggungjawab besar Pemuda Pakatan Rakyat bagi memimpin kebangkitan anak muda bagi mewarnai landskap politik baru menjelang PRU ke 13.

Sunday, January 8, 2012

Hari Dinanti Telah Tiba

Hari yang dinanti telah tiba. Ayuh rakan, sahabat semua kita bangkit bersama. Jangan gentar dalam melawan kejahilan. Jangan gentar dalam mncari kebenaran. Siapa kita disisi-NYA jika hanya berani meluahkan tetapi sebaliknya takut untuk berdepan dengan kebenaran yang hakiki. 

Tidak mengapa jika DSAI berjaya dimasukkan ke dalam penjara. DSAI hanya orang tengah bagi kita semua mencari kebenaran. Jadikan beliau sebagai kayu ukur dan sempadan buat kita. 

Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan rakan-rakan pembaca semua marilah kita bersam-sama meluangkan sedikit masa, mungkin untuk menatap wajah DSAI sebelum hukuman dijatuhkan. Hanya Allah tempat yang layak dipinta pertolongan. Jika Allah mengkehendakiNYA sudah tentu Allah akan memberikannya. Jika tidak, mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Kita sebagai hamba Allah hendaklah selalu bertawakal dan beringat kepada-NYA.




Petikan dari Ucapan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khusus bagi yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke Sg Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.


Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.


Andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.


Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.


Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

Presiden PAS Hadir 901, esok



KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing,"  kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini. Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan  akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.
"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden


Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa
Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.

Hasan Ali Dipecat Serta Merta

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS